Thursday, 14 January 2016

Smart food @ Cell food.. Tapi bukan Supplement ye..

Ramai yang masih tercari-cari dan terus mencari supplement yang paling best la untuk dijadikan amalan harian kita... betul takk??? termasuk la akak ni... iihihi .. dan sekarang ni pula terlalu banyak supplement yang ada di luar sana.. tinggal lagi kita nak mencubanya... huh... jenuh tu nak cuba sume..
tapi berapa ramai yang tau mengenai smart food a.k.a cell food a.k.a makanan pintar ni...

Sejujurnya ramai yang da tau dan masih ramai lagi yang tak tau... smart food atau makanan pintar ni adalah pemakanan bagi sel tubuh badan kita. Maksudnya di sini kita bukan memberi makanan tambahan kepada tubuh badan kita tetapi kita memperbaiki sel tubuh. Alar.. macam kereta... benda terpenting yang membolehkan sesuatu kereta adalah enjinnya. So.. sesapa yang da mengamalkan makanan pintar atau smart food atau cell food ni.. tahniahh la akak ucapkan heee... alar... ucapan tahniah tu cukup la... nak bagi-bagi hadiah ni... kita bukan kenal pun... tapi cukup la akak mendoakan kesihatan korang diberkati ye.. tu lagi afdal.. lagi berharga dari hadiah... betul.. tak... haa.. jangan kata akak tak payung korang pula tau... 

Ramai je yang nak cantik dan sihat.. terutama perempuan... tapi lelaki apa kurangnya sekarang ni... sanggup berbelanja lebih. Ok la... panjang sangat mukadimah kan... makanan pintar atau smart food atau cell food yang akak maksudkan kat sini adalah BYoung.. haa tengok tu... ramai gak yang da tau kan.... korang ni betul-betul bagus la... 

Alar kak... mahal ni... korang ni... esok bila da sakit tu sakit ni... kuar juga ribu-ribu... masa tu menggeletar tak masa nak bayar kos rawatan dan ubat... Yer la... bukan sikit-sikit nak kena bayar... Ha.. yang tu lantak korang la ye... pepandai la esok... ihihi... 

Owh ye... korang cuba cari mana lagi produk halal makanan pintar atau smart food atau cell food ni yang begitu berani untuk diinsurankan sebanyak 1Million USD... ehehe.. tak habis-habis dengan 1Million USD kan... ye la... da orang letak... maksudnya terbaik la tu... ingat suka-suka nak letak label gitu  eh... iihhihi.. betul... akak tak tipu.. yang ni memang terbaik la.... sebab bahan-bahan yang terkandung di dalam cell food, 59 ramuan.. haaa uols ada??? bak sini nak tengok..  dan yang korang kena tau.. ini sume hasil kajian profesor Dr. Adnan .. pakar nutrisi dari USM ye... haa korang patut tepuk tangan bangga sebab.. ni adalah produk yang dihasilkan oleh orang Malaysia... bukan yang di import dari negara luar... 


Ha... nampak tak lukisan akak yang comel sangat tu... ahahaha.... ok... ini adalah cara di mana makanan pintar atau smart food atau cell food itu bertindak... Ianya bermula dari pemulihan sel.. yang mana pertumbuhan dan pembaikan sel mengambil masa selama 90hari ke 120 hari. Faham sume?? .. ihih.. buat-buat faham sudah... tak faham.. baca je la.. jadi,,, kalau korang nye sel da ok... da sihat... boleh la korang nak kekalkan dengan mengambil supplement atau makanan tambahan... korang selang selikan la dengan pengambilan smart food ni... okay.. 

Paling akak suka... makanan pintar atau smart food atau cell food ni... akan perbaiki seluruh sel ye... sekali lagi akak ulang.. seluruh sel... dari hujung rambut hinggalah ke kaki.. so... yang mana sel tak okay... akan diperbaiki...yang mana terkurang akan ditambah...yang terlebih pula akan disingkirkan.. so tak perlu risau la.. sume akan cover.. 

Sesapa yang amalkan Byoung ni.. akan dapat rasa la.. badan rasa segar je.. memang dapat rasa perbezaan sebelum dan selepasnya. Bagi sesapa yang ada masalah pembuangan tak lawas tu.. sesuai sangatlah mengamalkan.. ihihi confirm akan .... membuang,. haaa yang paling best tu.. mesti la awet muda... seriusss.... da awet muda tu pakej la nampak cantik kan... ihihi... owh ye.. part paling best tu.... dapat mengekalkan berat badan.. sesapa yang kurus ... terasa nak naikkan berat badan... sesuai sangat la ambil ni.. abisss camana pula dengan org yang da terlebih berat tu... ihihi ini juga jawapannya... boleh sangat-sangat....lepas mengamalkan ni... tak rasa lapar sangat pun... makan buah.. makan roti.. serius kenyang... secara tak langsung kita da berdiet... nak diingatkan sekali lagi mak-mak jemah... tak boleh la nak tengok hasilnya dalam masa 2 minggu ke... akak da pun nyatakan kat atas... yang mana pembaikan dan pertumbuhan sel ni mengambil masa 90 hari ke 120 hari... so pengambilan selama 3 bulan berturut-turut adalah penting ye.. 




Makanan pintar atau smart food atau cell food ni bukan hanya untuk orang pompuan je tau... lelaki pun boleh amalkan.. ihihi tak kan jadi apa... ni untuk kesihatan dari hujung rambut ke hujung kaki...


Sekiranya korang nak tau lebih lanjut atau nak tanya pape... korang email la kat das.basar@gmail.com ye.... 


Semoga bertemu lagi di entri yang akan datang.. in shaa Allah... yang baik itu dari Allah... segala kekurangan itu datangnya dari diri akak sendiri.. 


Tuesday, 12 January 2016

Water Filter a.k.a Penapis Air Terbaik

Assalamualaikum dan selamat tahun baru....

Chewaahhhh bukan main gempak lagi kan tajuk entry tu... ihihi jangan marah... tapi memang itulah kenyataannya pun... cuba cari kat pasaran.. ada tak memana 'brand' yang berani insurankan penapis air yang dikeluarkan 1million USD... bukan RM ye... tapi USD.. kalau la dapat kann... jadi jutawan segera da... ihihi

Kita semua dah sedia maklum, badan kita mengandungi 70% air. Air yang diperlukan oleh badan pula adalah air yang mengandungi MINERAL ye. Jadi bila nak beli penapis air tu... silalah perhatikan adakah penapis air yang bakal digunakan akan menghasilkan air mineral atau sebaliknya.


Ok, pemilihan seterusnya perlu diambil kira adalah mengenaikekerapan dan harga kebuk atau 'filter' yang perlu diganti. Yang ni... ada juga terlepas pandang.. Nak menjaga kesihatan tapi kebuk atau 'filter' tak pernah berganti... isk isk isk.. Sepatutnya semasa pertama kali kita memakai penapis air tu, kita labelkan tarikh di setiap kebuk atau 'filter' tu.. tulis menggunakan marker pen ke atau pen biasa.. agar kita dapat lihat dan pantau bila waktu penukaran kebuk atau 'filter' tersebut. 



Haa... ini la penapis air yang diinsurankan tu... nama penapis air ni Beyond Water.. ala ramai je yang da familiar kan... tapi tak kurang juga yang masih tak tau... Penapis air ni bukan setakat menapis segala kekotoran yang terdapat dalam air tetapi juga merawat... x nak celoteh lebih-lebih laa.. ihihi.. korang baca la kelebihan penapis air ni... 


Kalau boleh... kita nak la dapat sumber air minuman macam air zam-zam kan... tapi apakan daya... kita tinggal di Malaysia.. iihihi.. bukan kat Mekah... tapi sekiranya ada sumber air minuman yang menggunakan konsep yang sama walaupun takkan dapat 100% sama la kan hasilnya.. itupun sudah cukup memadai... betul tak...  so beyond water ni menggunakan konsep di mana ianya menapis dan merawat air menggunakan kaedah atau konsep air mata air... yang menolak segala bahan-bahan mineral yang terdapat di dalam tanah... Boleh tengok aliran air, dalam gambar kat bawah ni... ihihi yang faham tu syukur la... tapi pada yang masih tak faham tu...tak pe.. nanti faham la tu... 


Oh ye.. Sekiranya korang nak tau lebih lanjut ke.. atau nak tanya apa-apa yang berkenaan... boleh la email das.basar@gmail.com... 
jangan kata akak tak payung ye.. ihihi

Semoga bertemu kembali dilain entry... Sesungguhnya yang baik itu dari Allah... segala kelemahan itu datangnya dari diri akak sendiri... wasalam... 









Tuesday, 24 February 2015

Jualan Online Penipu - Part 1


Korang pernah tak... da syok-syok shopping online ni... ye la... mudah sangat... dihujung jari je... tak perlu nak keluar rumah.... tak perlu nak bazir masa dan tenaga... betul tak... ? ehehe... saya la tu.. salah sorang darinya..

tapi yang tak bestnya.. bila mana ada peniaga-peniaga yang tak jujur... tak faham sungguh la... dengan menipu orang.. hati tenang ke..? Kaya-raya ke? huh... mungkin ada gak yang kaya-raya... tapi percayalah hidup dorang tak kan pernah aman dan tenang... yer la hasil dari penjualan tu dijadikan sebagai sumber makanan.. 

Nak dijadikan cerita... saya jadi gak mangsa penipuan ni... sobs..sobs..sobs.. 

Saya: Assalam sis... mask yang macam kat ig sis tu ada lagi tak...?

Seller: Wsalam... ada yang..

Saya: Harga tu sama lagi ke?...ni da termasuk postage ke sis?

Seller: Iyer yang... sama lagi.. tambah postage rm5..

Saya: Oh ye sis... ni original ke? ihihi 

Seller: Original yang... *bagi icon senyum*

Saya: Saya nak order 2 ye sis... (nak order 2 terus sebab nak jimat postage kononnya).. sis bagi nombor akaun ye... nanti da bank in saya bagitau sis..

Seller: Okay yang... 

Huh.. bukan main manis lagi cara jawab... pijak semut pun tak mati ni... ihihi


Maybank
No. Akaun: 123456789012
Senah binti Meon

Sila nyatakan alamat lengkap,
Item yang dibeli dan jumlah,
No.telefon

Berikan kesemua seperti yang di atas menggunakan huruf besar.

Saya: Huh... da kenapa nak huruf besar bagai lak minah ni... merepek betul je syarat. arr abaikan je la.

4jam kemudian....

Saya: Sis... saya da bank in.. *snap resit payment* walaupun tak diminta...ihihi .. ni details saya.. (bagi dalam huruf kecil sebab copy paste je pun alamat).

Seller: Ok yang... tq... *mmuaaahxx* siap bagi icon kiss lagi...

Saya: Nanti sis bagi tracking number ye.. 

Seller: Petang esok minta ye yang.. *bagi lagi icon kiss*

2jam kemudian...

Saya: Sis... saya nak tukar alamat... sis guna alamat ni ye..
Seller: Owh okay.. Jap... 

Maybank
No. Akaun: 123456789012
Senah binti Meon

Sila nyatakan alamat lengkap,
Item yang dibeli dan jumlah,
No.telefon
Berikan kesemua seperti yang di atas menggunakan huruf besar.


Malas nak layan permintaan yang merepek dari seller.. sebabnya copy paste je alamat yang ada.. tak de maknanya nak taip balik lak.. 
Petang esoknya...

Saya: Assalam sis... saya nak tracking number?

Seller: Wsalam... Sorry tak pos lagi

Saya: *Dengan muka hairan* Aik..

Seller:  Yerla u tak ikut arahan. Tak bagi dalam huruf besar

Saya: Laaaa... sebab tu je ke??? Mak aih... Saya tak pernah la berurusan dengan seller macam sis ni... benda kecik je kot... lainlah kalau payment tak masuk...

Seller: U yang banyak songeh. Masa kat sekolah dulu cikgu tak ajar ke..

Amboi... bukan main lagi sebelum dapat duit... yang-yang bagai.. hari ni da jadi singa... *psiko ke apa minah ni* cakap sendiri...

Saya: Ada je seller lain siap suruh email resit untuk bukti pembayaran.. saya cuma send gambar je pun... tak de masalah... yang ni sebab huruf kecil... mak aihh... Macam ni la sis... kalau sis tak nak pos pun tak apa.. sis pulangkan je balik duit saya..
*123456789012* maybank.. siap bagi nombor akaun ihihi...

Seller: Sorry.. duit tidak akan dikembalikan..

Saya:*Muka terkejut dan bengang depan telefon*.. Kalau tak nak kembalikan duit.. sila pos sis... kalau tak nak pos... pulangkan je balik duit tu..

Tunggu sampai malam... tak de pun message bagitau nak pos ke bagi balik duit...

Keesokkannya...

Saya: Assalam sis... so amacam sis nak pulangkan duit saya ke atau nak pos?

Seller: Walaikumsalam... tak. 

Saya:  Macam ni ke sis berniaga?? Memang tak kisah duit halal haram eh? Kalau sis tak nak pulangkan duit saya.. saya buat repot polis...

Seller: Ok silakan...

Saya: Grrrrrrrrr *@#$^%&$@#* depan skrin telefon... ihihi












Monday, 16 February 2015

Camana Nak Cek Parcel

ihihi yang ni pun nak dijadikan tajuk entry....

arrr... tak kisah la... sebabnya ada je orang yang baru nak guna servis ni... terutama bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan online shopping ... ihihi

so apalah salahnya kita berkongsi info... betul tak... betul tak... :)

okay pada sesapa yang nak cek tu boleh la layari:


cara nak cek parcel anda sampai mana da


so... kat box tu korang bolehla isikan tracking no. contohnya: ef289315193my .

haaa... cane... senang kan... kan... ihihi .. 


so bersabar la ye... :) kalau parcel korang tu sedang holiday ke... maksudnya dihantar ke 1 branch ke branch yang lain walaupun pengirim tu cuma dari klcc dan korang pula kat damansara.... 


"laa.. apa punya servis macam ni... kata poslaju... saya da la nak pakai cepat ni..."


ihihi sabar... sabar... dan terus sabar ye... yang pastinya parcel tu tetap akan sampai ke tangan anda gak... 


ni berdasarkan pengalaman sendiri... :) 


toodlesss!


Friday, 6 February 2015

Poslaju Oh Poslaju


Okay entry pertama yang menarik i guess.... ketidakpuasan hati tentang servis poslaju yang teramat la laju...


arrrghhh... geramnyaa... da bnyk kali guna servis poslaju...citylink, gdex.... tapi kali ni betul-betul rasa nak jadi singa... da kenapa nak pass parcel tu kat merata-rata branch... apesal tak tawaf seluruh malaysia je terus... da tengok kan BANDAR yang tertera tu kat mana.... pass je la kat pos ofis yang berhampiran...

apa masalah pun tak tau la nak pass merata parcel. Pengguna da tolong guna servis ni tapi macam ni pula yang dibagi... memang terbaik sungguh la poslaju ni... nak kata tinggal diceruk-ceruk dunia... langsung tak..





yang 1 ni lagi best... dari klcc je... nak hantar kat damansara je pun... tapi bukan main lagi parcel tu berjalan-jalan holiday...






nak bagi 5 bintang kat servis poslaju ni... terbaik sungguh... yeayyyy!!! sebelum ni dok baca orang lain mengadu, mengeluh sebab parcel dorang ada masalah... and now... yesszzzzaaa my turn... grrrrrrr


Okay sekian!